Hantar Karya bersama Dewan Sastera 2025
Hantar Karya bersama Dewan Sastera 2025
Kami mengalu-alukan para karyawan untuk mengirimkan karya kreatif dan bukan kreatif bagi menghiasi ruang majalah Dewan Sastera tahun 2024 dan seterusnya. Pastikan karya asli ciptaan sendiri dan belum pernah dikirimkan ke mana-mana penerbitan.
K
Antara karya yang diperlukan:
Puisi - Sajak/Puisi Tradisional (1-2 hlm.)
Cerpen (8-25 hlm.)
nota: Sertakan foto profil penulis beresolusi tinggi dengan biodata ringkas penulis di bawah 100 patah perkataan.
Cerpen/Puisi Terjemahan - Hanya jika sudah mendapat persetujuan hak cipta penerbitan daripada penulis asal/yayasan penulis.
Drama (bebas: disiarkan secara bersiri)
Surat kepada Editor - Surat ringkas dan padat kepada Editor Dewan Sastera (1 hlm.)
Fokus Kajian - Artikel ilmiah/separa ilmiah yang mengupas secara mendalam, beranalisis dan kritikal tentang suatu penyelidikan kesusasteraan, moden mahupun tradisional, juga yang berkaitan dengan pengajian ilmu kesusasteraan, teori kesusasteraan, sejarah kesusasteraan, pemikiran/gagasan, bicara falsafah, kesusasteraan bandingan, dan hal-hal yang berkaitan (12-30 hlm.)
Fokus Kritikan Karya - Artikel separa ilmiah yang membicarakan sesebuah karya sastera kontemporari. Artikel ini boleh dihasilkan dengan (1) menerapkan teori sastera (atau teori bidang lain, seperti budaya, sains sosial, psikologi, semiotik, seni, filem, falsafah, dll.) sedia ada terhadap karya tersebut dan dianalisis atau (2) melakukan bicara karya tanpa penerapan teori.
Tulisan bicara bagi (1) seharusnya mempunyai kriteria tersebut:
i. Mengaplikasikan mana-mana pendekatan kritikan sastera dengan teori;
ii. Mentafsir sesebuah karya: menganalisis secara rasional, meyakinkan dan berhujahkan fakta-fakta yang terkandung dalam karya; dan
iii. Penilaian/hukuman: menyatakan sama ada karya itu gagal, baik atau buruk.
(Mana Sikana, 1986, Kritikan Sastera: Pendekatan dan Kaedah)
Tulisan bicara bagi (2) seharusnya mempunyai kriteria tersebut:
i. Menjelaskan karya kepada pembacanya: memerikan, memfokuskan dan menerangkan bahagian-bahagian, unsur-unsur dan aspek-aspek pusat dalam sesebuah karya;
ii. Menilai karya dengan objektif; dan
iii. Membimbing penulis.
(Muhammad Haji Salleh et al., 1985, “Kritikan Sastera Malaysia dan Beberapa Saranan” dlm. Kritikan: Situasi Mutakhir dan Arah Masa Depan)
Sastera Antarabangsa - Artikel tentang penulis/karya/isu/gerakan/peristiwa sastera di luar negara (4-12 hlm.)
Reaksi - Artikel tentang karya/isu/gerakan yang berkaitan dengan sastera di Malaysia ataupun memberi reaksi terhadap fokus/artikel lepas dalam Dewan Sastera. Rencana berita dielakkan (4-12 hlm.)
Pengalaman (Refleksi) - Artikel tentang pengalaman (1) penulis menghasilkan sesebuah karya (seeloknya buku, bukan karya eceran) atau bagaimana (2) penulis mengikuti seorang tokoh sebagai ilham/inspirasi pengkaryaan penulis, atau bagaimana (3) penulis berpegang pada sebuah buku/karya sebagai rujukan ilham/kepengarangan penulis. (4-12 hlm.)
Tabir Hayat – Artikel penghormatan dan belasungkawa pemergian seseorang penulis (4-8 hlm.)
Berita/Liputan - Semua bentuk laporan/ulasan peristiwa/program sastera, di dalam dan luar negara, dibuka untuk kiriman. Boleh juga dalam bentuk kupasan isu (lebih ringkas daripada ruangan Reaksi). Antara 150-1500 patah perkataan. Jika berbentuk laporan program sastera, pastikan sertakan 1-2 foto program yang sesuai, sumber daripada penulis/persatuan sendiri. Persatuan/aktivis/kumpulan bebas dialu-alukan untuk kirimkan bahan
Ulasan Buku – Ulasan buku Dewan Sastera mengikut format yang berikut:
i. Judul Buku
ii. Penulis
iii. Terbitan (setakat ini hanya buku sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dibenarkan)
iv. Tahun Terbitan
v. Harga
vi. Nama Pengulas
vii. Teks Ulasan (1 – 1 ½ hlm.)
Format: MS Word *.doc/docx, Fon Arial 12, Langkau dua baris (double spacing), Perenggan imbang (justified) berserta Judul dan Nama penulis pada awal karya.
E-melkan karya anda kepada fadlidewansastera[@]gmail[.]com
Sertakan:
i. Nama sebenar (di samping nama pena, jika ada)
ii. No. kad pengenalan
iii. No. akaun bank/nama bank
iv. Alamat surat-menyurat yang tepat, lengkap dengan poskod
v. No. telefon
Comments
Post a Comment