Seputar Mesyuarat Agung Tahunan BAHASA 2023
Petagas | 20/1/2024 | Sabtu : Mesyuarat Agung Tahunan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) 2023 diadakan di Rumah Bahasa, Taman Jumbo, Petagas. Mesyuarat Agung kali ini merupakan penyelarasan kepada program dan akktiviti Bahasa sepanjang 2023, dan tidak melibatkan pemilihan AJK. Mesyuarat dihadiri kalangan AJK Tertinggi Bahasa Sesi 2023/2024, dan para perwakilan cawangan. Datuk Jasni Matlani selaku Presiden Bahasa menggesa semua AJK istiqamah dalam memperjuang dan memajukan bahasa dan sastera melalui persatuan keramat ini. Selain meminta semua ahli terus berkarya, beliau juga melahirkan hasrat mewujudkan galeri sastera di rumah Bahasa dengan sokongan dan bantuan pihak berkaitan. Selain pelaporan aktiviti dan kewangan, mesyuarat turut mengadakan pembentangan usul, ucapan Naib-Naib Presiden, Timbalan Presiden, dan Ucapan Penangguhan Mesyuarat oleh Presiden Bahasa. [Jy]
Comments
Post a Comment